Monday, 1 June 2015

k-a-w-a-n



Noor annisya bt mohd waspi. Nisya/acha/iesya/sasa/sya (banyak tol nama budak ni). First dapat tau dapat perlis dgn dia, satu perkataan keluar dr mulut aku. Shit.


Bukan nak kata tkpenah kawan. Penah je. Selama ni pun kitorg banyak kongsi cerita dekat kkb siap kongsi nasib lg. Rapat tak rapat mana la just baik gitu je. But kitorg penah ada sikit salah faham, start situ memang aku tknak tegur dia dah, muka pun langsung tknak pandang menyampah punya pasal. Everything pasal dia memang pekataan kesat je aku bagi.


Tapi tulah tuhan nak tunjuk, aku dapat perlis dgn dia. Bayangkan pegi tempat org hujung dunia tu dgn classmate yg aku tkrapat langsung. Lagi lagi si nisya ni. Memang aku down serious cakap. Koyah and tikah selalu ckp “kat perlis nanti mesti kau baik dgn nisya kan” yes aku tau tu but ai menafikan because hati tengah panas.

Dapat tau dapat perlis dari lepas final exam sem 5 tp ego punya pasal sikit tkde niat nak bebaik dgn dia even tau nanti tkde kawan. Haha. EGO. Sehari sebelum pegi perlis baru ai tegur tu pun pasal presentation. Si nisya ni awal awal dah nangis dah tkde kawan. Tp hati ai sado k. tak nangis pung.



Start kt perlis slow slow ai bebaik dgn nisya ni. Kitorg pun paling rapat dgn kakbai. Sesikit kakbai cari ai dgn nisya. Pergi penang sesame. Nisya, aku kakbai. Hurm rindu perlis.


Balik kl masuk ed ampang start rapat dgn budak Lincoln, ayu dgn sheera. Berempat ke mana mana. Everything kitorg share sesame. Gossip hangat dulu kini dan selamanya hahaha. Sayang diorg banyak lah. Conclusion yg ai boleh bagi skrg ai memang tengah rapat dgn nisya.

p/s: “jangan benci sangat nanti sayang”. Menipulah aku taksayang nisya everything dah kitorg share. Tp jujur sampai harini aku tkboleh nak percaya/masuk dgn ayat ni. Atau lebih tepat tak setuju ayat ni akan jadi kt aku. The power of ego. fuhh




Monday, 23 March 2015

Perth - Lis

Assalamualaikum, hai. You know what dah lama gilaa tak update haa awaa saia busy. Puihh ayat tkpayah macam alien sangat kann. Hahaha okay kita statr cerita perth-lis kita. First dapat tau dpt kat perlis tkrasa apa. Then mcm rasa best nak duduk tempat org. tapi bila semakin dekat tarikh nak pegi rasa berat gila. ibu papa hantar. Ingat boleh lah jenguk unty rosni selalu. Tp dia punya sombong buat aku tkjadi nak g melawat dia.

Oraitt firstday tension gila dengan kena buat kes present 41 bayangkanlah kalau tak sir tknak sign buku log. Kfine, firstday jugak dah dapat assignment dari ma. Perghhh gila dah lah tkdapat balik awal, masuk keje terus. Tapi firstday ai dah rasa best. Disebab kan stress yang teramat weekend tu kitorang sewa kereta. Kononnya nak keluar kita kita je group arau dgn syafiq nak join. Best! Seriously release tension.

Second week masuk je hari isnin kita terserempak dgn abang ma yg taknampak pun minggu lepas. Ahh kita cam suka dia hahahaha. Tapi tau je dia baru kawen dengan doctor hoccay. So kita malas nak kacau. Jumaat tu accident depan klinik serious rare mcm cerita emergency couple. Dengan naik ambulance yang laju gila sambal bediri. Oh god. Cerr bayangkan.
Minggu ketiga cam dah happy sikit so serious memang besemangan nak datang klinik. Semakin rapat dengan staff. Rabu tu balik keyyel cuti raya cina. Balik tidur rumah abang disebabkan ghindu yg teramat kat syifa.

Minggu keempat dengan semangat nak masuk keje sekali abg shah cuti. Aduhh baru nak belajar dgn dia. Dia banyak turunkan ilmu. Hurm then minggu tu semakin rapat dgn kakbai. Kakbai pun banyak bagi assignment. Cikdin asyik kacau nisya jelah dia. Jumaat tu nak sewa kereta tp tkde. So try Tanya kakbai, kakbai ajak keluar dgn dia malam tu. Cikdin offer exora sehari rm60. Serious murah. Time tulah tubuh group geng membulat sbb nak send gambar kan. Then kakbai tkbagi bubar group tu. Weekend tu memang bejalan sakan sabtu ahad. Hantar jemi semua balik penang. Tengah pagi buta balik perlis balik fuhh kenangan. Lepastu sampai je kangar nak amik koyah pukul 5 pagi kena kejar dengan mat rempit. Ya Allah hanya tuhan je tau mcm mana cuak time tu. Mintak tolong satu family tu huh nasib selamat sampai amik koyah then balik.

Minggu kelima dah masuk mch. Selasa tu kitorang jumpa abe, pegi alor setar dgn kakbai. Tengah malam baru balik. Abang shah pun baru masuk. Start diorang punya konflik. Malas masuk campur. Abg shah makin terasa dgn kitorang. Group baru masuk dia lagi rapat dgn diorang lah kan. Dah lah rindu goring pisang abg shah. Suruh dia belikan, mcm tknak beli. Hurmm touching dgn kitorang lah tu. Tp dia beli jugak. Baiklah dia. Saje nak usik dia cakap:

“yelah abang shah dah ada student baru mana layan kitorang dah.”
“taklah abang layan korg semua sama.”
“elehh yelahtu, saya perasan lah bang, abang mana nak belikan goring pisang dah.”
“alahh korg ada kakbai kan.”
“(sentap habis) yelah kfine kan tknak beli dah.

Dia senyum and blahh.
Aku nak sentapkan dia balik balik aku yg sentap.
Jumaat tu pegi tasoh dgn kakbai. Then weekend pegi penang. Ingat kan nak jalan penang gitu je sekali kakak kakbai suruh datang taiping tidur sana. Hm dengan baju tkbawak tepaksalah. Esok pagi tu pegi bukit larut, bukit merah, amanjaya mall (sungai petani), alor setar mall tengok chappie. Sampai rumah memang 12 tepat. Sabtu ahad tkde rehat langsung.
Next weekend kitorang buat jamuan. Haa jamuan ni bengang gila dgn budak arau and gial. Hurm lantaklah. Bbq dgn staff memang terbaik. serious. Yang paling sweet ai rasa kakbai bagi kek. Iloveyou kakbai! And ai demam.
Minggu last keje dgn abg shah kacau dia hahaha kesian. Eh abg shah beli Kawasaki doh. Pehh see ingat ma gaji sikit ke hahha! Minggu last org nak bebaik dengan staff tp kena duduk pharmacy. Sokay dapat belajar ubat. Pegawai pharmacy, en jaya sporting gila. dia duduk kl siap bagi no phone ajak lepak sama lagi. Caya lah. Cik din kuaja dahlah panggi aku saida dengaki la saida kucing la. Sengaja tau aku takut kucing. Dahlah kejar aku dengan kucing. Hurm what can I say ilove perlis so much.

Tautak dia punya tknak balik bas pukul 10 pagi, 3.30 pagi baru aku packing barang. Dengan khusyuk baca novel teman lelaki upahannya. Esok tu teksi datang pukul 9.30 aku tak pakai tudung dengan takgosok apa lagi. Gila tknak balik punya pasal. Dalam teksi tu nangis. Sedihh nak tinggalkan perlis. Act takcerita habis lagi. Next time kayhhh. Bye.



Monday, 5 January 2015

Penutup bagi sem 5

Salam, lepas ed selayang pegi ampang ot dengan labour then viva kt kolej then final exam then osce then siapkan research then tinggal lagi dua minggu nak habis cuti baru berkesempatan nak tulis blog, senang cerita, saada dah pegi and balik penang dah.

Hantar saada,
Time hantar saada tu best sangat sebab dapat makan nasi kandar kikiki. Balik tu singgah ipo jumpa tuning amir si athirah tu lahai baiknya dia. Lembut comel baik rajin. Peramah gila besembang dengan aku pun.

Hospital Ampang,
Not bad. Best. Tp serious macam penjara. Rule dia tak boleh bla. Ada punch card bagai. Dia tau tak function punch card tu utk gaji? So bagi la gaji. Best sebab boleh pilih group sendiri. Satu group 5 orang. Masuk ward post natal ante natal labour dgn ot. Antara semua semua tu aku paling suka labour. Sebab dapat sambut baby madam nursing (tktau nama) tu pun banyak gila bagi kitorang input. Paling tak suka ot sebab kt situ sister yang pegang so dia layan kitorang cam student nursing (selalu kena dah) memang tak suka. Makanan best macam macam tp harga standard tk murah macam h. selayang. Mcd depan hospital nak balik lagi cepat sampai rumah.

Viva,
Diberitahu viva hari isnin tp pagi sabtu sebelum tu kitorang gerak balik ipoh sebab amirul kawen. Seriously rasa kekeluargaan gila bila berkumpul ramai ramai centu. Malam tu ada bbq (family only). Memang lagi meriah dengan budak budak kecik bising main lari lari, gugurl chitchatnya boboy tengok bola malam tu parents mengopi.. then esoknya ahad ibu kata nak pegi kuala kangsar kejap sebab sedara belah tokcak baru meninggal. So pegi jelah. Sampai lah petang lepak sana then makan laksa kt kedai kawan ibu tu. Sekali abang kata nak stay sampai esok baru bali. Eh aku no hal sebab viva aku tetiba tunda selasa. So memang stay kt sana lagi satu malam. Malam tu memang berkaraoke lah mereka mereka. Aku ika dengan fyka dah tklarat so kitorang lepak bilik. Esoknya balik lah kerumah halaman memasing. Cik sabariah nya tak sabra nak tengok cucu baru lahir. Viva? Okay tp second group kena buat balik sebab kitorang tkde soalan ed so rabu tu buat lah balik.

Final exam,
Kitorang target boleh tiru tiru sekali memang tak duduk sikit punya jauh memasing. Thyn dengan tikah jela dekat. Aku reda je dengan study yangyok nya. Semoga pointer aku baik baik sahaje. Aminn. Lect baru handsome. Hahahaha motif sangat ramai naw minat sory lah not my taste. Tetiba sebelum last paper jumaat tu diorang rancang nak g tioman. Wow menariknyaaaaaaa. Nak pergi memang tak sabar sabra la cerita dia. Ingat nak pegi after osce tp osce  tunda rabu memang pegi isnin lah

Holiday,
Malam ahad decide nak pegi Langkawi pulak dahh. Okauy Langkawi jauh memang kena geram pagi ni jugak. Pukul 3 lebih gerak “sarapan” dekat malis corner then terus gerak. Subuh dekat tapah sempat lah jemi tidur kejap then sambung sampai sana tepat pukul 9.30 pagi. Segala sakit hati malas nak cerita sebab nak Nampak happy je haha. peringatan kalau pegi sana ada orang offer parking ke beli tiket fery ke kereta sewa kt sana ke, takpayah layan. Parking korang boleh cari sendiri fery boleh beli sendiri kereta sewa sampai sana boleh cari sendiri memang banyak sebab diorang ni penipu. Nak duit lebih then janji kereta cantik tp bg lain. Macam kitorang dapat kereta lain time tu jugak kitorang mintak tukar. Kena tegas dengan diorang. Hm sampai tu memang telajak tidur kononnya nak tengok matahari terbenam, penat punya pasal. Lepas maghrib pegi makan usya lauk then ingat nak lepak kt burung helang tp ternampak baskin kt tepi jalan memang kitornag parking balik. Memori paling best lah baskin tu. Esoknya semata jauh tu g sarapan kt pantai chenang nak usya lauk. Haha lepak tepi pantai at least ada kenangan. Memang jumpa macam macam obor obor lah starfish ikan ketam. Hm then pusing pusing lepak helang kejap beli choc sikit balik bilik makan megi kemas mandi balik. Sampai banja tepat jam 12. Dengan esok osce nya dengan tak study nya fuhh gila.

Osce,
Mula dengan nombor belakang so memang kitorang yang depan depan ni relaxsiap makan nasi lemak koyah lagi haha. dapat cuti lama siapkan research memang sir hafiz bahan pasal chenang diornag bahan obor obor lagi kahkah. Jahat. Stesen sir bell paling best rasanya sebab sir bell banyak membantu. First time ni puji sir bell haha. balik tu ibu cakap “lusa ikut ibu pegi amik saada kt penang then balik kedah anak sedara cik k kawen.” Dengan penat tk hilang lagi memang aku menegluh time tu.

Second holiday,
Pagi jumaat tu nak gerak sekali storm cik k tak boleh start nak dijadikan cerita. Tkpelah cik k pakai kereta kak neda balik. Gerak tu memang macam macam masalah dengan banyak perhentian. Sampai kat saada zuhur tu kemas bawak turun barang dia terus gerak kedah dengan minyak asyik isi je sekali check ada wayar yang tak besambung. Haihh. Kerja pagi tadi lah ni. sampai kat sana makan kt satu warung ni bihun sup dia pehh macam mak thyn punya tp dia lagi sedap lah. Sampai sana minum air kelapa fresh punya then jalan jalan kt bendang. Huwaa first time tahu tak. Malam tu rasanya menu paling sedap udang fresh masak lemak, ikan goreng fresh dengan ikah pekasam. Memang telan air liur time taip ni! esoknya kenduri dia pun sempoi gila. Yelah kampong kan. Qnqk nelayan kawen memang belakang rumah betul betul ada bot dengan sungai. Serious seronok. Balik tu rumit sikit taksuka macam macam karenah. Singgah ipoh dengan gaduh dengan aleesya lagi geram je dah la kecik orang ckp sikit tknak dengar melawan lagi adelah. Kalau anak aku dah lama kena lempang. Malam tu gerak dari ipoh pukul 11 malam dansampai pukul 3 pagi. Sekian.

Research,

Research act aku siapkan dalam 4 hari je. Cuma nak tunggu madam accept tu lama naw madam susah sangat nak jumpa kalah pm. Minguu depannya lepak banja lagi dengan siapkan research dengan new year lepak the ship lagi. Abang rambut panjang tu handsome hahhahh. Dan tibalah nak send pun tunggu u10 punya lah lama last sekali nak kereta je. Penat. 

Wednesday, 29 October 2014

Family holiday. Yayhuu saya happy.

Salam, hai lamanya tak update dari hari ke hari dok tangguh. Haritu first week masuk ed ha ni last week kt ed pulak. Lagi dua hari je. Btanyak kena try buat nak cari pengalaman actually. Sebab time praktikal bukan untuk tengok diorang buat tp tengok kita boleh buat ke tak. That’s why lah kalau ada peluang tu buat je. Lain lah kalau memang tktau nak buat tu lain cite lah. Dapat ma yang dia bagi kita buat best lah, kena yg tkbagi kita buat lagi krik krik doh.

 Okay nak cerita minggu kedua aku kat ed time tu pegi becuti dengan family sempena birthday papa lah kononnya. Bila kakyana suggest cameron highland aku rasa cam hah bosannyaaaa. Tkde apa babe kat sana. Tp diorang still nak pegi jugak sebab katanya kakyana dgn abang tkpernah pegi lagi. Act diorang bincang ni dr aku kt paeds lagi and aku dah agak dah tkdapat pegi sbb diorang kata weekday dari rabu sampai jumaat or sabtu maybe sebab abang kata nak turun ipoh jumpa emy member lama. Ha ha. Tanya madam madam kata tkboleh okay no hal. Then sekali tetiba madam panggil dia kata boleh pulak. Oh no hal aku act serious tk kesah langung dapat pegi ke tak sebab cameron kut. Kakak pun tkdapat sebab cuti dia dah habis dia buat thesis untul degree dia haritu. Bila madam kata boleh aku just menyedapkan hati diorang, kakyana kakshida semua sebab diorang nak semua pegi kalau boleh. Tkpelah sekali sekala bercuti dgn family aku tk kesah.

Tau dah kakyana kalau bab bejalan memang dia buat perfecto preparation lah. Rumah yg kitorang dapat pulak murah sbb weekday and under company cu. 3 hari 2 malam rm450, 3 bilik ada dapur ada gas toilet 2 tv ada astro. Murah. Ingat kecik sekali besar kau. Sangat memuaskan. Satu bilik ada 2 katil queen and ada yang 1 katil queen 1 katil single. Tetiba kakak pulak kata malam tu dia sampai. Dia betolak lepas maghrib. Memang berita gembira lah.
Cerita dia tempat sejuk memang 24 hour lapar lah kan. Haha makan jelah kt sana. Lengkap nak masak apa macam macam ada. Nugget ramly hotdog daging burger fries maggi jajan sandwich. Cukup lah dengan kakyana bawak bahan mentah bawang ikan bilis bihun semua memang tkpayah makan luar. Bajet holiday ha ha ha. Malam kakak sampai tu kakak beli kek untuk papa. Memang celebrate kt atas lah. And kakak bawak makanan lagii banyak jajajn maggi. Yang kacak aku pulak demam kat atas. Memang asma lah and memang kena control makan lah. Geram je.

Balik tu singgah ipoh. Tp kakak nak balik awal ada hal so lepas g rumah uncle man dia bawak ika fyka balik. Oh lupa act kimura ikut jugak! Dia lah jd camerawoman kitorang haha. Cadangnya turun ipoh nak makan mee kicap emy sekali tutup memandangkan ayah mertua dia baru meniggal. Tkpelah makan jelah kt kedai biasa goreng goreng. Tp abang still nak jumpa emy kejap kt kedai makan. Serious cakap emy tu macam nak menjerat kitorang lama lama kt situ, dari kedai makan dia suruh singgah rumah mak mertua dia  kejap. Then kek papa yg tk habis tu bagilah kt budak budak tu makan. Then singgah rumah mak dia pulak okay singgahlah. Act dari kedai makan lagi dia suruh tidur ipoh rumah dia kosong sbb dia tidur rumah mak mertua dia. Memang jerat habis lah. Bila dah menyinggah dia jadi penat tau then dengan mata bang yang dah merah bawak kereta pun tersengguk. Fyka pulak msg aku dia cakap tidur ipoh dah lewat semua dah penat lagipun nak masuk kl hujan lebat jalan licin dgn mengantuknya mcm mana nak drive.

Ibu ckp dia tk kesah then bincang balik dgn abang kt luar rumah emy. Then abang pun bgtau emy tukar rancangan nak tidur sini. Memang emy suka lah sebab dekat sepuluh kali dari kt kedai sampai salam nak balik kt rumah mak dia dia dok sebok bisi hasut abang tidur sini. So tidur lah rumah dia. Act ku dah dengar emy ckp rindu nak lepak malam malam dgn abang. Dalam kereta tu aku dah warning ibu jgn bg abang keluar g mana mana dia tu penat kitorang stay pun sebab dia. Dah sampai rumah emy tu kemas kemas emy ajak dia keluar. See! Aku dah cakap. Tp ibu bg! Yang abang dia gelak jelah kejap katanya. Esoknya pagi pagi lagi emy dah sampai depan rumah bawak nasi lemak. Kitorang tk bangun lagi okay nasib luar rumah dia tu abang meja kerusi boleh duduk. Then ayat dia “first time tkdapat masuk rumah sendiri” haha gila. Sembang punya sembang dia hasut abang g makan mee kicap pulak. Dia kata kut abang teringin. Ibu dah kata dah “emy kau jangan nak jerat kami lg ye”. Tp nak buat mcm mana. Pegi jugakkkk. Makan lah sikit then baru lah balik.

Haihh percutian yang sangat best sumpah. Kat cameron best ipoh pun best. One request please, nak macam ni lagi! Demam tak menghalang aku untuk happy.

Thursday, 9 October 2014

Hospital Selayang lagi?

sAssalamualaikum, eh hai :) actually dah sampai ed dah aku kt hospital selayang ni. Ha sumpah lah krik krik sebab alu tkde member doh. Dah lah tak sama shift dgn thin dgn tikah. Makaii. Kat paeds tak payah cakap dia punya krik krik lagi tahap gaban. Tapi best je sbb ada ma yg okay. banyak actually ma yg okay banding dgn tak okay. Huh. Eh haritu g bengkel ortho hm heh haha gatal! Okay bye! Hahahaha salam ed dari sayaa.

Thursday, 25 September 2014

R.I.N.D.U

Assalamualaikum, hai :) serabutnya praktikal. Serabut sebab banyak sangat yang busuk hati so bau dia pehh tktahan wa cakap. Tujuan meng update blog ni sebab nak mengadu. Dekat someone yang saya tengah rindu.


Awak, saya tengah serabut. Awak kan best kalau saya boleh mengadu kt awak. Ringan sikit beban serabut. Awak bila jadi macam ni saya rasa rindu sangat kt awak. Sebab serabut dia rasa cam kt kkb. Awak kenapa ujian ni datang kt saya. Rasa cam nak nangis je. Kenapa busuk sangat hati diorang. Awak saya rindu awak. 

Tuesday, 2 September 2014

Clinical Posting vs Sunway Lagoon

Salamm, lamanya tak karang kt blog ni. Banyak gilaa story terlepas la cemni kan haha. Act first kt hospital selayang ni kitorang masuk psy. Siapa kitorang tu? Haa tulah panjang ceritanya. Aku thyn tikahnisya atikah alis dgn atikah hazwanie. Cam mana tah boleh dapat dengan si atikah haze=wanie tu aku pun tktaulah.  Nasib lah dia sorang tkde lah banyak sangat kuman merebak kan. Hm dalam ward memang dia acah tkde apa lah cite dia. Dia punya hipokrit dah terang benderang dah nampak kt situ. Eh act kt psy best doh. Serious talk. Layan diorang memang takpayah cakap lah dia punya gila.
Haritu adelah kitorang pegi sunway lagoon. Cerita dia memang dah rancang dari puasa. Koyah yang beria nak join tak alih alih dia yang tknak pegi. Kali kedua pegi dgn kawan kawan memamng best lah. Pegi dengan kawan lah lagi best kan. Masuk rumah hantu paling gempak. Ada orang buat drama Cinderella pulak kasut sebelah tetinggal haha. Apelah lawak je. Elok lah masuk semua acah sweet jalan same. Dah sampai dalam tu masing masing tinggal kan masing masing. Seronok seronok. Pagi tu sebenarnya hujan. Dah sedih dah ingat tkdapat pegi. Last last pukul 12 hujan benti. Memang masuk lah kan. Eloklah keluar pukul 10 pagi balik pukul 2 pagi. Tu baru orang kata seharian bejalan.

Hm tibalah sekarang kitorang dah masuk ortho. Act nak request kt madam group kitorang nak masuk ward dulu baru klinik tp nanti madam ck papa pulak so bair jelah madam buat jadual sendiri. Tp memang menghampakan bila dapat jadual and group kitorang masuk klinik dulu. And madam dah warning awal awal suruh baca buku apa semua sebab takut sdiorang. Pehh time tu aku dah rasa macam nak masuk dewan exam bukan nya klinik. Isnin rabu hari klinik so kena balik pukul 5. Tp okay je sebab tkde la penat mana pun. Firstday masuk hm okay la not back sebab diorang banyak mengajar. Tp tulah bila bekerja dengan lelaki kan. Memandangkan MA ni memang lelaki and perempuan baru je diorang terima so senior memang lelaki lah. Best best not bad. Memang bukak kelas memasak kt situ. And tksabar nak pegi tempat lain pulak. Nak dapat pengalaman yang lagi best. Prosedur yang lagi best. Nak buat t&s, nak amik blood, nak bg injection im. Nak buat semua lah tp takutt. Takut dapat senior kerek gimana sehh.