Sunday, 4 May 2014

Cuti cuti chentaa

Assalamualaikum. hai :) haihh semenjak duduk kkb ni rasa macam cuti yg diberi tk cukup je. hm untuk yg kesekian kalinya aku dalam ktm nak balik kkb. eh berat tautak nak tinggalkan rumah. dah lah asal aku cuti je ibu papa busy. ke penang lah melaka lah. ada saje hal nya. aku ni balik nak lah bekumpul semua. sokay lah tak kesah sangat sebab parents aku tu sememangnya busy. hari khamis keluar kl cari seluar dgn ika and saada. hari jumaat g tbs nak cari buku malam tu lepak dgn ain sekali makan malam. hari sabtu behuray dgn family di.sunway laagoon. yayy. ahad dah balik :( hm act nak kongsi cerita yang kt sunway tu. cehh kongsi. macam lah ada org yang nak dikongsi cerita tu haha. tak bestnya main air tak banyak. pagi tu sampai jalan jalan main outdoor dulu. lepas zuhur baru solat makan and baru lah main air. huh tak sampai 2 jam main air tau. haha tp best lah main vuvuzella tu. lagi bahagia second time main tu dpt tengok muka abang yg pengecut tu menggelabah. haha kelakar. pastu acah acah dia kata saje buat muka utk hiburan adik adik. puihh. dah pengecut tu pengecut jelahh. penat tp memang happy habis. tak dilupakan ainur syifa kenit tu pun ikut tau. tu la yg lg menghappykan hari hari kami :) but now dalam ktm balik kkb. huh berat. tkpelah yg penting nawaitu kena betul. balik balik tu on data internet ada org tu dkt kita punya wechat. hah tu lg membuatkan hari sabtu aku hari paling bahagia utk minggu ni. awakk, kita rindu lah. haha gatal. yg penting kita pun ada buat teka teki kt dia. haha kbai. eh jap aku teringat classmate tetiba. haha kbai. Assalamualaikum.

Thursday, 1 May 2014

Perjalanan clinical posting aku bersama teman teman

Assalamualaikum. hm hai. kitorang budak first week hdu and dressing dah masuk wad. not bad lah best je wad? cuma penat lebih sikit lah. masuk wad ni best sebab tak bosan. banyak prosedur kita boleh buat. biasala bila dah banyak keje tu tengahari mestila lemau. konpem sebab kitorang bekeje bukan dalam aircond tu yg lemau tu. 3 har keje tetiba miss bagi cuti khamis jumaat sekali hari buruh dgn weekend. eh kau gila tak heaven? heaven doh! haha rasa cam nak senyum depan miss timebtu tp tahan. sabar saida sabar. kikiki. pelagi balik tu kemas barang basuh baju terus balik keyel lah jawab dia. haha lagi lah semangat aku nak balik sebab weekend ni pun nak berhappy dgn keluargaku tercinta. minggu depan nak g hiking dgn staff hospital hah dah takbileh balik dah. eh bejalan jelah kan hehe. actually wa nak habaq wa dah dapat nombor phone dia! pehh gila tak happy :) happy doh. "maybe Allah nak suruh aku usaha lebih sikit" yee kenapa aku ckp ayat tu? eh tu mana boleh bagitau. haha okay lah nak keluar cari buku. kbai. assalamualaikum.

Saturday, 19 April 2014

Tercoretlah kenangan di HKKB.

Assalamualaikum :) hai. Okay seriously banyak sangat perubahan. Now cohort 3 telah pun berpisah untuk ke clinical posting. Eceh ayat cam sedih je hahah. Hm sedih lah sikit sebab diorang post macam macam kt wechat, ig apa bagai. Aku, jemi, thyn, tikah dapat kt kkb. Oh heaven. Koyah and shima kt kajang. Orait setelah 3 minggu aku sendiri mengaku memang kitorang banyak songeh. Ada yang tkboleh terima teguran. Ada yang mengarah je keje. Tapi tu semua boleh settle. Semua benda boleh settle. Cuma kita yang salah ni tksedar kadang kadang. Takperlu sampai ada yang kena keluar rumah. Biasalah macam saada cakap bila praktikal macam macam perangai keluar. Actually lah perangai diorang dah pun aku tahu. Sebab orang yang sama pernah menghuru harakan group banja setahun yang lepas. So dia jugak lah yang menghuru harakan kami kali ni. Hidup dia memang keje menghuru harakan hidup orang rasanya. Okay k tutup cerita. Firstday aku kt hkkb kt kantin pagi ada lah dua orang ni datang dari ed ke kantin. Eh sorang mamat ni cara jalan dia macam someone. Tapi dia tak sehandsome orang tu (cehh macam lah org tu handsome sangat). Cara jalan sumpah sama. Tapi buat bodoh lagi. Sampai lah minggu kedua hari jumaat orang yang sama tapi time tengahari. Tetiba jemi cakap “budak ni lah tikah minat” oh men, patah hatiku kahkah.  Tikah pun usya dia tak berkelip. Ahh jealous ahh (tetiba nak jealous padahal haritu buat bodoh). Balik tu bts dengan saada punyalah lama sampai tertanya saada pasal dia. Oh time saada age haritu dia lah injet saada. Stalk punya lah stalk jumpa ig dia. Semakin lama stalk semakin gua perasan, bukan setakat cara jalan muka mereka pun ada iras. Sekali saada cakap “eh saida aku perasan dia macam ehem lah. Hm patut lah kau minat dia. Fine hahah.” Diam sebab malu tapi memang betul so what?! Minggu ketiga punya lah tercari cari. Duduk dressing yang sangat hampir dengan ed tu pun takjumpa dia. Sedihnyaa minggu ni tkjumpa dia. Thyn tau thyn tau thyn tau.  Tapi perasaan aku kt budak ed tu sama macam perasaan aku kt dia. Kenapa? Sebab sama sebab tu rasa tu ada. Camtu heh. Still tkboleh lupakan dia padahal sendiri dah mengaku ‘setahun dah cukup untuk lupakan dia’. Yang tktahan semalam farid nikah pun jumpa orang muka serupa dia. Haihh memang musim ke cemane. Okay last nak cakap duduk dressing paling heaven. Sumpah. Lagi lagi dapat sir amir yang memang the best. Oh lupa nak say tenkiu kt sir sebab tolong hantar kami budak hdu dengan dressing ke ktm dan dengan itu kami sampai awal ke rumah minggu ni. Sayang sir!!!

Saturday, 15 March 2014

DSAI

Assalamualaikum, hai :) Seperti kebiasaan hari jumaat aku balik tu aku akan merehatkan diri. Sekali aku tersedar dek suara abang dgn papa yang bising bising. Ayat yang aku dengar waktu mula mula aku sedarkan diri “Abang, bang tau tak Anwar Ibrahim didapati bersalah? Diorang ni papa tktau lh. Zalim betul kenakan Anwar.” Dalam hati aku betapa sakitnya time tu hanya Allah je yang tau. Kalau dulu Anwar Ibrahim kena fitnah, seksa waktu aku kecik tp sekarang aku dah besar. Zalimnya diorang. Aku tktau lh aku sanggup ke tak bila nanti dengar dia kena seksa LAGI. Sebab dulu aku kecik. Apa lah yang budak 5 tahun tahu time tu kan. Sampai bila bila aku akan ingat soalan ibu time aku 5 tahun dulu “Adik, dah besar nanti nak jadi apa?” “Org nak jadi polis. Polis kuat dia tangkap orang.” “Jangan! Polis tu jahat. Dia bersubahat sama kenakan ‘kawan’ ibu masuk penjara”. Sumpah start situ aku benci gila polis. Dan satu lagi ayat Nurul Hana yang aku tkkan lupa time aku 5 tahun dulu “Awak, ayah awak masuk penjara eh?” “Mana ada lah, ayah kita masuk jail je. Penjara tu tempat orang yg bersalah. Ayah kita tksalah”. Time tu hana darjah satu. Sekali lagi Anwar dituduh bersalah Sofea, cucu dia pulak darjah satu. Kalau lah sofea tau macam mana keadaan mak and ayah dia bernikah dulu mesti dia sedih. Atok dia sebagai wali datang dari penjara dengan sakit gila pinggang dengan tangan digari dengan diawasi oleh polis seolah olah atok dia tu pengganas. Ya Allah sedihnya. Ya Allah, kau tunjuklah kebenaran. Dunia hari ini semakim kejam dengan pemimin yang semakin hari semakin zalim. Izam, macam lah dia tak pernah kena. Bini dia tu macam macam org aibkan TAPI aku pelik macam mana dia boleh lupa semua tu. Walaupun aku masih taklayak mengundi, walaupun aku tkbanyak fakta tentang politik. Tu semua tkperlu sebab aku tkbuta. 

Belogg logg loggggg

            Assalamualaikum, hai :) wahau, sangat sangat sangat lama okay aku tk update blog ni. Salah satu sebab, blog masalah. Entah apa masalahnya tkboleh bukak entah la. Act tktau nak mulakan kat mana sebab dah banyak tertinggal ni. Kami cohort 3 sekali lagi menjadi juara keseluruhan untuk sukan. Hebat tak cohort 3 weh. Hebat lah kan haha. Kalau dulu sukan menyatukan cohort 3, sekarang sekali lagi sukan menyatukan kami. Apa apa lah. Lalang ke gipang ke but kita satu kelas kan. Walaupun banyak puak. Hostel pun bersepah. Haa act kitorang je yang terpinggir, tercampak kat banjaria court tu. That’s y lh sampai sekarang kitorang digelar ‘budak banja’. Kitorang pun suka meminggirkan diri kan.  Dulu berlima but now berenam. Fatin che jamaludin. Sejak jemi lepak rumah sem 3 dulu lh baru mula berjinak jinak rapat dengan anak che jamaludin ni. Lagi satu sebab, dia dah banyak lepak luar daripada dulu asyik berkurung dalam bilik je. Sayang. Sayang korang weh sumpah. Aku tktau lh lepas ni maybe jarang gila jumpa. Aku sayang korang sebab kita bersama. Makan, tidur, gurau senda, chitchat, gossip. Semua weh. Sebab kita satu bumbung. Gaduh tu nipu lh kalau tkde kan dah satu bumbung tp adat lh sbb dgn pergaduhan lh kita lagi akrab. Lepas ni aku jemi thyn tikah dapat kat kkb tp shima dengan koyah kat kajang. Berpisah beb. Tp tkpe lah memandangkan kita ni kutu rayap so macam lh tkboleh buat reunion kita kita je kan :) classmate, walaupun aku tksuka budak magna pada awalnya lah kan, sumpah tksuka sebab korang busy body, penyibok. Kalau kitorang balik tu kecoh lah kan. Tapi kita tetap classmate. Menipu lh kalau aku ckp nnti aku tkrindu korang. Rindu lah. Rindu team work kita. Rindu busy body korg tu. Sampai aku pernah sound “eh, budak magna memang suka busy body eh?” sebab dah bengang sangat kan. Kalau sem satu sumpah aku tk kenal semua. Sampai budak yg pindah time awal sem 2 tu pun aku tk kenal apa nama dia. Budak budak yg suka menonjolkan diri je aku kenal. Then aku start kenal korang dengan sukan lah. Sem 2. Time tu baru start aku kenal one by one.  Start menganjing membahan semua. Start tu baru merasa macam kita ni satu kelas. Menganjing kan menganjing. Si daus tu bab menganjing orang nombor satu. Kawkaw punya dia nganjing. Sampai SUMPAH aku ckp aku malu. Tak sedar tu rahsia dia dalam tangan aku. Aku fikir rahsia tu melibatkan member aku je. Kalau tak dah lama aku buat kau malu macam mana kau buat aku malu. Sampai budak yang aku minat tu pun dah belahh aku tksempat update blog. Aku ckp kt thyn kalau nk ckp ‘taste’ dkat picoms ni taste aku sorang je. Diaaa wafi. Dia kemas. Tkde lah handsome mana tp dia kemas.

Tuesday, 20 August 2013

-Welcome to my heart -

Assalamualaikum. Hm firstime update blog pakai phone sebab memang benda ni harus dan wajib bagi aku untuk coretkan sekarang jugak. Okay entri aku tu untuk ... jap kejap nak kena mintak maaf kat saada kejap. "Saada, aku pinjam dia jap tau. Sory k." Yeayy pasal diaaa MY BB. Yeahh act memang sejak aku kenal bosbl lagi dia dah musnah terus dari fikiran aku. Tapi tetiba okay bila stalker dia. Kenapa eh? Padahal sebelum ni sikit pun dia tkbagi kesan apa apa kat aku lepas dia dah musnah dari hidup aku. Oh kata orang tua tua maybe diaa pun tengah ingat kat aku. HA HA perah santan nampak. Tapi sungguh lah dia kuasai akal dan fikiran aku. Serabut okay sebab nak kena ingat dia 24jam. Hey aku pun tau penat lahh. Sungguh aku doa kat Allah supaya hilangkan balik perasaan ni kat dia. Dia hanya lah masa lalu aku tolong lahh. Serabut, bila hati dah boleh lupakan bosbl yang teramat lah payah tetiba dia masuk. Oh maybe sebab dia yang PERTAMA. Tapi sungguh aku benci. Aku tksuka dia, aku tksuka kawan kawan dia. Berharap yang teramat dapat lupakan dia balik.

Saturday, 25 May 2013

Dinner, ccsquare, osce and final exam!

Assalamualaikum. Dinner haritu syok habis. Tkda apa pun yang syoknya makan dia sebab ada kambing! Haha. Hm ccsquare. Tktau lh tapi aku kan dah pernah kata aku ni jenis pendendam yang kronik. So korang sendiri boleh fikir. Can forgive but not forget. Baru baru ni aku ada tengok gambar netball balik hm teringat satu ayat tu. Lupakan perkara lama kita mulakan hidup baru yang semakin gembirakan hati ni. Aminnn ;) haa osce haritu kantoi bhaii. Haha enogh! Benda dah lepas. Papepun, goodluck kepada aku sendiri untuk final exam 10 jun nanti. Kbye assalamualaikum.