Alahai awak semua kita dah habis belajar ni. Babe serious
tak sangka, maigodd cepatnya masa berlalu. Rasa nak nangis jerit kuat kuat
bgtau yang ai tengah rindu kolej. Last lepas final haritu kumpul reramai kt
magna bebuka sesame. Tu je. Kalau ingat
balik dari sem satu punya cerita mcm kelakar pun ada. Tp banyak kenangan yg
happy tu yg rasa nak nangis. Nak balik kt kenangan tu balik. Huwarghhh. Pergi desa
waterpark, penang, pd, sg kancing, sg sendat, sunway, broga, alahai kalau nak
ingat tak terkiralah. Begaduh lagi, jalan pegi seberang lagi and paling rindu
sebenarnya pasar malam. Omg makanan kt banja sesedap semua okay. Burger, nasi
kukus, nasi ayam penyet, bakso, nasi lemak semua sedap. Tu yg makin gemok
rasanya. Haha. Rindunya lah. Sekarang ni jadi penganggur terhormat. Malas punya
pasal nak keje. Nak cuti raya lelama ni lah padahnya. Baru siap resume, baru
send by mail resume kt klinik and hospital swasta. Baru terhegeh hegeh nak buat
memember lain semua dah keje. Tkpe sokay rezeki lain lain.
Wednesday, 12 August 2015
Monday, 1 June 2015
k-a-w-a-n
Noor annisya bt mohd waspi. Nisya/acha/iesya/sasa/sya (banyak
tol nama budak ni). First dapat tau dapat perlis dgn dia, satu perkataan keluar
dr mulut aku. Shit.
Bukan nak kata tkpenah kawan. Penah je. Selama ni pun kitorg
banyak kongsi cerita dekat kkb siap kongsi nasib lg. Rapat tak rapat mana la
just baik gitu je. But kitorg penah ada sikit salah faham, start situ memang
aku tknak tegur dia dah, muka pun langsung tknak pandang menyampah punya pasal.
Everything pasal dia memang pekataan kesat je aku bagi.
Tapi tulah tuhan nak tunjuk, aku dapat perlis dgn dia. Bayangkan pegi tempat org hujung dunia tu dgn classmate yg aku tkrapat langsung. Lagi lagi si nisya ni. Memang aku down serious cakap. Koyah and tikah selalu ckp “kat perlis nanti mesti kau baik dgn nisya kan” yes aku tau tu but ai menafikan because hati tengah panas.
Dapat tau dapat perlis dari lepas final exam sem 5 tp ego
punya pasal sikit tkde niat nak bebaik dgn dia even tau nanti tkde kawan. Haha.
EGO. Sehari sebelum pegi perlis baru ai tegur tu pun pasal presentation. Si nisya
ni awal awal dah nangis dah tkde kawan. Tp hati ai sado k. tak nangis pung.
Start kt perlis slow slow ai bebaik dgn nisya ni. Kitorg pun
paling rapat dgn kakbai. Sesikit kakbai cari ai dgn nisya. Pergi penang sesame.
Nisya, aku kakbai. Hurm rindu perlis.
Balik kl masuk ed ampang start rapat dgn budak Lincoln, ayu
dgn sheera. Berempat ke mana mana. Everything kitorg share sesame. Gossip hangat
dulu kini dan selamanya hahaha. Sayang diorg banyak lah. Conclusion yg ai boleh
bagi skrg ai memang tengah rapat dgn nisya.
p/s: “jangan benci sangat nanti sayang”. Menipulah aku
taksayang nisya everything dah kitorg share. Tp jujur sampai harini aku tkboleh
nak percaya/masuk dgn ayat ni. Atau lebih tepat tak setuju ayat ni akan jadi kt
aku. The power of ego. fuhh
Monday, 23 March 2015
Perth - Lis
Assalamualaikum, hai. You know what dah lama gilaa tak
update haa awaa saia busy. Puihh ayat tkpayah macam alien sangat kann. Hahaha okay
kita statr cerita perth-lis kita. First dapat tau dpt kat perlis tkrasa apa. Then
mcm rasa best nak duduk tempat org. tapi bila semakin dekat tarikh nak pegi
rasa berat gila. ibu papa hantar. Ingat boleh lah jenguk unty rosni selalu. Tp dia
punya sombong buat aku tkjadi nak g melawat dia.
Oraitt firstday tension gila dengan kena buat kes present 41
bayangkanlah kalau tak sir tknak sign buku log. Kfine, firstday jugak dah dapat
assignment dari ma. Perghhh gila dah lah tkdapat balik awal, masuk keje terus. Tapi
firstday ai dah rasa best. Disebab kan stress yang teramat weekend tu kitorang
sewa kereta. Kononnya nak keluar kita kita je group arau dgn syafiq nak join. Best!
Seriously release tension.
Second week masuk je hari isnin kita terserempak dgn abang
ma yg taknampak pun minggu lepas. Ahh kita cam suka dia hahahaha. Tapi tau je
dia baru kawen dengan doctor hoccay. So kita malas nak kacau. Jumaat tu
accident depan klinik serious rare mcm cerita emergency couple. Dengan naik
ambulance yang laju gila sambal bediri. Oh god. Cerr bayangkan.
Minggu ketiga cam dah happy sikit so serious memang
besemangan nak datang klinik. Semakin rapat dengan staff. Rabu tu balik keyyel
cuti raya cina. Balik tidur rumah abang disebabkan ghindu yg teramat kat syifa.
Minggu keempat dengan semangat nak masuk keje sekali abg
shah cuti. Aduhh baru nak belajar dgn dia. Dia banyak turunkan ilmu. Hurm then
minggu tu semakin rapat dgn kakbai. Kakbai pun banyak bagi assignment. Cikdin asyik
kacau nisya jelah dia. Jumaat tu nak sewa kereta tp tkde. So try Tanya kakbai,
kakbai ajak keluar dgn dia malam tu. Cikdin offer exora sehari rm60. Serious murah.
Time tulah tubuh group geng membulat sbb nak send gambar kan. Then kakbai
tkbagi bubar group tu. Weekend tu memang bejalan sakan sabtu ahad. Hantar jemi semua
balik penang. Tengah pagi buta balik perlis balik fuhh kenangan. Lepastu sampai
je kangar nak amik koyah pukul 5 pagi kena kejar dengan mat rempit. Ya Allah
hanya tuhan je tau mcm mana cuak time tu. Mintak tolong satu family tu huh
nasib selamat sampai amik koyah then balik.
Minggu kelima dah masuk mch. Selasa tu kitorang jumpa abe,
pegi alor setar dgn kakbai. Tengah malam baru balik. Abang shah pun baru masuk.
Start diorang punya konflik. Malas masuk campur. Abg shah makin terasa dgn
kitorang. Group baru masuk dia lagi rapat dgn diorang lah kan. Dah lah rindu goring
pisang abg shah. Suruh dia belikan, mcm tknak beli. Hurmm touching dgn kitorang
lah tu. Tp dia beli jugak. Baiklah dia. Saje nak usik dia cakap:
“yelah abang shah dah ada student baru mana layan kitorang
dah.”
“taklah abang layan korg semua sama.”
“elehh yelahtu, saya perasan lah bang, abang mana nak
belikan goring pisang dah.”
“alahh korg ada kakbai kan.”
“(sentap habis) yelah kfine kan tknak beli dah.
Dia senyum and blahh.
Aku nak sentapkan dia balik balik aku yg sentap.
Jumaat tu pegi tasoh dgn kakbai. Then weekend pegi penang. Ingat
kan nak jalan penang gitu je sekali kakak kakbai suruh datang taiping tidur
sana. Hm dengan baju tkbawak tepaksalah. Esok pagi tu pegi bukit larut, bukit
merah, amanjaya mall (sungai petani), alor setar mall tengok chappie. Sampai rumah
memang 12 tepat. Sabtu ahad tkde rehat langsung.
Next weekend kitorang buat jamuan. Haa jamuan ni bengang
gila dgn budak arau and gial. Hurm lantaklah. Bbq dgn staff memang terbaik.
serious. Yang paling sweet ai rasa kakbai bagi kek. Iloveyou kakbai! And ai
demam.
Minggu last keje dgn abg shah kacau dia hahaha kesian. Eh abg
shah beli Kawasaki doh. Pehh see ingat ma gaji sikit ke hahha! Minggu last org
nak bebaik dengan staff tp kena duduk pharmacy. Sokay dapat belajar ubat. Pegawai
pharmacy, en jaya sporting gila. dia duduk kl siap bagi no phone ajak lepak
sama lagi. Caya lah. Cik din kuaja dahlah panggi aku saida dengaki la saida
kucing la. Sengaja tau aku takut kucing. Dahlah kejar aku dengan kucing. Hurm what
can I say ilove perlis so much.
Tautak dia punya tknak balik bas pukul 10 pagi, 3.30 pagi
baru aku packing barang. Dengan khusyuk baca novel teman lelaki upahannya. Esok
tu teksi datang pukul 9.30 aku tak pakai tudung dengan takgosok apa lagi. Gila
tknak balik punya pasal. Dalam teksi tu nangis. Sedihh nak tinggalkan perlis. Act
takcerita habis lagi. Next time kayhhh. Bye.
Monday, 5 January 2015
Penutup bagi sem 5
Salam, lepas ed selayang pegi ampang ot dengan labour then
viva kt kolej then final exam then osce then siapkan research then tinggal lagi
dua minggu nak habis cuti baru berkesempatan nak tulis blog, senang cerita,
saada dah pegi and balik penang dah.
Hantar saada,
Time hantar saada tu best sangat sebab dapat makan nasi
kandar kikiki. Balik tu singgah ipo jumpa tuning amir si athirah tu lahai
baiknya dia. Lembut comel baik rajin. Peramah gila besembang dengan aku pun.
Hospital Ampang,
Not bad. Best. Tp serious macam penjara. Rule dia tak boleh
bla. Ada punch card bagai. Dia tau tak function punch card tu utk gaji? So bagi
la gaji. Best sebab boleh pilih group sendiri. Satu group 5 orang. Masuk ward
post natal ante natal labour dgn ot. Antara semua semua tu aku paling suka
labour. Sebab dapat sambut baby madam nursing (tktau nama) tu pun banyak gila
bagi kitorang input. Paling tak suka ot sebab kt situ sister yang pegang so dia
layan kitorang cam student nursing (selalu kena dah) memang tak suka. Makanan best
macam macam tp harga standard tk murah macam h. selayang. Mcd depan hospital
nak balik lagi cepat sampai rumah.
Viva,
Diberitahu viva hari isnin tp pagi sabtu sebelum tu kitorang
gerak balik ipoh sebab amirul kawen. Seriously rasa kekeluargaan gila bila
berkumpul ramai ramai centu. Malam tu ada bbq (family only). Memang lagi meriah
dengan budak budak kecik bising main lari lari, gugurl chitchatnya boboy tengok
bola malam tu parents mengopi.. then esoknya ahad ibu kata nak pegi kuala
kangsar kejap sebab sedara belah tokcak baru meninggal. So pegi jelah. Sampai lah
petang lepak sana then makan laksa kt kedai kawan ibu tu. Sekali abang kata nak
stay sampai esok baru bali. Eh aku no hal sebab viva aku tetiba tunda selasa. So
memang stay kt sana lagi satu malam. Malam tu memang berkaraoke lah mereka
mereka. Aku ika dengan fyka dah tklarat so kitorang lepak bilik. Esoknya balik
lah kerumah halaman memasing. Cik sabariah nya tak sabra nak tengok cucu baru
lahir. Viva? Okay tp second group kena buat balik sebab kitorang tkde soalan ed
so rabu tu buat lah balik.
Final exam,
Kitorang target boleh tiru tiru sekali memang tak duduk
sikit punya jauh memasing. Thyn dengan tikah jela dekat. Aku reda je dengan
study yangyok nya. Semoga pointer aku baik baik sahaje. Aminn. Lect baru
handsome. Hahahaha motif sangat ramai naw minat sory lah not my taste. Tetiba sebelum
last paper jumaat tu diorang rancang nak g tioman. Wow menariknyaaaaaaa. Nak pergi
memang tak sabar sabra la cerita dia. Ingat nak pegi after osce tp osce tunda rabu memang pegi isnin lah
Holiday,
Malam ahad decide nak pegi Langkawi pulak dahh. Okauy Langkawi
jauh memang kena geram pagi ni jugak. Pukul 3 lebih gerak “sarapan” dekat malis
corner then terus gerak. Subuh dekat tapah sempat lah jemi tidur kejap then
sambung sampai sana tepat pukul 9.30 pagi. Segala sakit hati malas nak cerita
sebab nak Nampak happy je haha. peringatan kalau pegi sana ada orang offer
parking ke beli tiket fery ke kereta sewa kt sana ke, takpayah layan. Parking korang
boleh cari sendiri fery boleh beli sendiri kereta sewa sampai sana boleh cari
sendiri memang banyak sebab diorang ni penipu. Nak duit lebih then janji kereta
cantik tp bg lain. Macam kitorang dapat kereta lain time tu jugak kitorang
mintak tukar. Kena tegas dengan diorang. Hm sampai tu memang telajak tidur
kononnya nak tengok matahari terbenam, penat punya pasal. Lepas maghrib pegi
makan usya lauk then ingat nak lepak kt burung helang tp ternampak baskin kt
tepi jalan memang kitornag parking balik. Memori paling best lah baskin tu. Esoknya
semata jauh tu g sarapan kt pantai chenang nak usya lauk. Haha lepak tepi
pantai at least ada kenangan. Memang jumpa macam macam obor obor lah starfish
ikan ketam. Hm then pusing pusing lepak helang kejap beli choc sikit balik
bilik makan megi kemas mandi balik. Sampai banja tepat jam 12. Dengan esok osce
nya dengan tak study nya fuhh gila.
Osce,
Mula dengan nombor belakang so memang kitorang yang depan
depan ni relaxsiap makan nasi lemak koyah lagi haha. dapat cuti lama siapkan
research memang sir hafiz bahan pasal chenang diornag bahan obor obor lagi
kahkah. Jahat. Stesen sir bell paling best rasanya sebab sir bell banyak
membantu. First time ni puji sir bell haha. balik tu ibu cakap “lusa ikut ibu
pegi amik saada kt penang then balik kedah anak sedara cik k kawen.” Dengan penat
tk hilang lagi memang aku menegluh time tu.
Second holiday,
Pagi jumaat tu nak gerak sekali storm cik k tak boleh start
nak dijadikan cerita. Tkpelah cik k pakai kereta kak neda balik. Gerak tu
memang macam macam masalah dengan banyak perhentian. Sampai kat saada zuhur tu
kemas bawak turun barang dia terus gerak kedah dengan minyak asyik isi je
sekali check ada wayar yang tak besambung. Haihh. Kerja pagi tadi lah ni.
sampai kat sana makan kt satu warung ni bihun sup dia pehh macam mak thyn punya
tp dia lagi sedap lah. Sampai sana minum air kelapa fresh punya then jalan
jalan kt bendang. Huwaa first time tahu tak. Malam tu rasanya menu paling sedap
udang fresh masak lemak, ikan goreng fresh dengan ikah pekasam. Memang telan
air liur time taip ni! esoknya kenduri dia pun sempoi gila. Yelah kampong kan. Qnqk
nelayan kawen memang belakang rumah betul betul ada bot dengan sungai. Serious seronok.
Balik tu rumit sikit taksuka macam macam karenah. Singgah ipoh dengan gaduh
dengan aleesya lagi geram je dah la kecik orang ckp sikit tknak dengar melawan
lagi adelah. Kalau anak aku dah lama kena lempang. Malam tu gerak dari ipoh
pukul 11 malam dansampai pukul 3 pagi. Sekian.
Research,
Research act aku siapkan dalam 4 hari je. Cuma nak tunggu
madam accept tu lama naw madam susah sangat nak jumpa kalah pm. Minguu depannya
lepak banja lagi dengan siapkan research dengan new year lepak the ship lagi. Abang
rambut panjang tu handsome hahhahh. Dan tibalah nak send pun tunggu u10 punya
lah lama last sekali nak kereta je. Penat.
Wednesday, 29 October 2014
Family holiday. Yayhuu saya happy.
Salam, hai lamanya tak update dari hari ke hari dok tangguh.
Haritu first week masuk ed ha ni last week kt ed pulak. Lagi dua hari je. Btanyak
kena try buat nak cari pengalaman actually. Sebab time praktikal bukan untuk
tengok diorang buat tp tengok kita boleh buat ke tak. That’s why lah kalau ada
peluang tu buat je. Lain lah kalau memang tktau nak buat tu lain cite lah. Dapat
ma yang dia bagi kita buat best lah, kena yg tkbagi kita buat lagi krik krik
doh.
Okay nak cerita minggu
kedua aku kat ed time tu pegi becuti dengan family sempena birthday papa lah
kononnya. Bila kakyana suggest cameron highland aku rasa cam hah bosannyaaaa. Tkde
apa babe kat sana. Tp diorang still nak pegi jugak sebab katanya kakyana dgn
abang tkpernah pegi lagi. Act diorang bincang ni dr aku kt paeds lagi and aku
dah agak dah tkdapat pegi sbb diorang kata weekday dari rabu sampai jumaat or
sabtu maybe sebab abang kata nak turun ipoh jumpa emy member lama. Ha ha. Tanya
madam madam kata tkboleh okay no hal. Then sekali tetiba madam panggil dia kata
boleh pulak. Oh no hal aku act serious tk kesah langung dapat pegi ke tak sebab
cameron kut. Kakak pun tkdapat sebab cuti dia dah habis dia buat thesis untul
degree dia haritu. Bila madam kata boleh aku just menyedapkan hati diorang,
kakyana kakshida semua sebab diorang nak semua pegi kalau boleh. Tkpelah sekali
sekala bercuti dgn family aku tk kesah.
Tau dah kakyana kalau bab bejalan memang dia buat perfecto
preparation lah. Rumah yg kitorang dapat pulak murah sbb weekday and under company
cu. 3 hari 2 malam rm450, 3 bilik ada dapur ada gas toilet 2 tv ada astro. Murah.
Ingat kecik sekali besar kau. Sangat memuaskan. Satu bilik ada 2 katil queen
and ada yang 1 katil queen 1 katil single. Tetiba kakak pulak kata malam tu dia
sampai. Dia betolak lepas maghrib. Memang berita gembira lah.
Cerita dia tempat sejuk memang 24 hour lapar lah kan. Haha makan
jelah kt sana. Lengkap nak masak apa macam macam ada. Nugget ramly hotdog daging
burger fries maggi jajan sandwich. Cukup lah dengan kakyana bawak bahan mentah
bawang ikan bilis bihun semua memang tkpayah makan luar. Bajet holiday ha ha
ha. Malam kakak sampai tu kakak beli kek untuk papa. Memang celebrate kt atas
lah. And kakak bawak makanan lagii banyak jajajn maggi. Yang kacak aku pulak
demam kat atas. Memang asma lah and memang kena control makan lah. Geram je.
Balik tu singgah ipoh. Tp kakak nak balik awal ada hal so
lepas g rumah uncle man dia bawak ika fyka balik. Oh lupa act kimura ikut
jugak! Dia lah jd camerawoman kitorang haha. Cadangnya turun ipoh nak makan mee
kicap emy sekali tutup memandangkan ayah mertua dia baru meniggal. Tkpelah makan
jelah kt kedai biasa goreng goreng. Tp abang still nak jumpa emy kejap kt kedai
makan. Serious cakap emy tu macam nak menjerat kitorang lama lama kt situ, dari
kedai makan dia suruh singgah rumah mak mertua dia kejap. Then kek papa yg tk habis tu bagilah kt
budak budak tu makan. Then singgah rumah mak dia pulak okay singgahlah. Act dari
kedai makan lagi dia suruh tidur ipoh rumah dia kosong sbb dia tidur rumah mak
mertua dia. Memang jerat habis lah. Bila dah menyinggah dia jadi penat tau then
dengan mata bang yang dah merah bawak kereta pun tersengguk. Fyka pulak msg aku
dia cakap tidur ipoh dah lewat semua dah penat lagipun nak masuk kl hujan lebat
jalan licin dgn mengantuknya mcm mana nak drive.
Ibu ckp dia tk kesah then bincang balik dgn abang kt luar
rumah emy. Then abang pun bgtau emy tukar rancangan nak tidur sini. Memang emy
suka lah sebab dekat sepuluh kali dari kt kedai sampai salam nak balik kt rumah
mak dia dia dok sebok bisi hasut abang tidur sini. So tidur lah rumah dia. Act ku
dah dengar emy ckp rindu nak lepak malam malam dgn abang. Dalam kereta tu aku
dah warning ibu jgn bg abang keluar g mana mana dia tu penat kitorang stay pun
sebab dia. Dah sampai rumah emy tu kemas kemas emy ajak dia keluar. See! Aku dah
cakap. Tp ibu bg! Yang abang dia gelak jelah kejap katanya. Esoknya pagi pagi
lagi emy dah sampai depan rumah bawak nasi lemak. Kitorang tk bangun lagi okay
nasib luar rumah dia tu abang meja kerusi boleh duduk. Then ayat dia “first
time tkdapat masuk rumah sendiri” haha gila. Sembang punya sembang dia hasut
abang g makan mee kicap pulak. Dia kata kut abang teringin. Ibu dah kata dah “emy
kau jangan nak jerat kami lg ye”. Tp nak buat mcm mana. Pegi jugakkkk. Makan lah
sikit then baru lah balik.
Haihh percutian yang sangat best sumpah. Kat cameron best
ipoh pun best. One request please, nak macam ni lagi! Demam tak menghalang aku
untuk happy.
Thursday, 9 October 2014
Hospital Selayang lagi?
sAssalamualaikum, eh hai :) actually dah sampai ed dah aku kt hospital selayang ni. Ha sumpah lah krik krik sebab alu tkde member doh. Dah lah tak sama shift dgn thin dgn tikah. Makaii. Kat paeds tak payah cakap dia punya krik krik lagi tahap gaban. Tapi best je sbb ada ma yg okay. banyak actually ma yg okay banding dgn tak okay. Huh. Eh haritu g bengkel ortho hm heh haha gatal! Okay bye! Hahahaha salam ed dari sayaa.
Thursday, 25 September 2014
R.I.N.D.U
Assalamualaikum,
hai :) serabutnya praktikal. Serabut sebab banyak sangat yang busuk hati so bau
dia pehh tktahan wa cakap. Tujuan meng update blog ni sebab nak mengadu. Dekat someone
yang saya tengah rindu.
Awak, saya
tengah serabut. Awak kan best kalau saya boleh mengadu kt awak. Ringan sikit
beban serabut. Awak bila jadi macam ni saya rasa rindu sangat kt awak. Sebab serabut
dia rasa cam kt kkb. Awak kenapa ujian ni datang kt saya. Rasa cam nak nangis
je. Kenapa busuk sangat hati diorang. Awak saya rindu awak.
Subscribe to:
Posts (Atom)




