Salam, hai lamanya tak update dari hari ke hari dok tangguh.
Haritu first week masuk ed ha ni last week kt ed pulak. Lagi dua hari je. Btanyak
kena try buat nak cari pengalaman actually. Sebab time praktikal bukan untuk
tengok diorang buat tp tengok kita boleh buat ke tak. That’s why lah kalau ada
peluang tu buat je. Lain lah kalau memang tktau nak buat tu lain cite lah. Dapat
ma yang dia bagi kita buat best lah, kena yg tkbagi kita buat lagi krik krik
doh.
Okay nak cerita minggu
kedua aku kat ed time tu pegi becuti dengan family sempena birthday papa lah
kononnya. Bila kakyana suggest cameron highland aku rasa cam hah bosannyaaaa. Tkde
apa babe kat sana. Tp diorang still nak pegi jugak sebab katanya kakyana dgn
abang tkpernah pegi lagi. Act diorang bincang ni dr aku kt paeds lagi and aku
dah agak dah tkdapat pegi sbb diorang kata weekday dari rabu sampai jumaat or
sabtu maybe sebab abang kata nak turun ipoh jumpa emy member lama. Ha ha. Tanya
madam madam kata tkboleh okay no hal. Then sekali tetiba madam panggil dia kata
boleh pulak. Oh no hal aku act serious tk kesah langung dapat pegi ke tak sebab
cameron kut. Kakak pun tkdapat sebab cuti dia dah habis dia buat thesis untul
degree dia haritu. Bila madam kata boleh aku just menyedapkan hati diorang,
kakyana kakshida semua sebab diorang nak semua pegi kalau boleh. Tkpelah sekali
sekala bercuti dgn family aku tk kesah.
Tau dah kakyana kalau bab bejalan memang dia buat perfecto
preparation lah. Rumah yg kitorang dapat pulak murah sbb weekday and under company
cu. 3 hari 2 malam rm450, 3 bilik ada dapur ada gas toilet 2 tv ada astro. Murah.
Ingat kecik sekali besar kau. Sangat memuaskan. Satu bilik ada 2 katil queen
and ada yang 1 katil queen 1 katil single. Tetiba kakak pulak kata malam tu dia
sampai. Dia betolak lepas maghrib. Memang berita gembira lah.
Cerita dia tempat sejuk memang 24 hour lapar lah kan. Haha makan
jelah kt sana. Lengkap nak masak apa macam macam ada. Nugget ramly hotdog daging
burger fries maggi jajan sandwich. Cukup lah dengan kakyana bawak bahan mentah
bawang ikan bilis bihun semua memang tkpayah makan luar. Bajet holiday ha ha
ha. Malam kakak sampai tu kakak beli kek untuk papa. Memang celebrate kt atas
lah. And kakak bawak makanan lagii banyak jajajn maggi. Yang kacak aku pulak
demam kat atas. Memang asma lah and memang kena control makan lah. Geram je.
Balik tu singgah ipoh. Tp kakak nak balik awal ada hal so
lepas g rumah uncle man dia bawak ika fyka balik. Oh lupa act kimura ikut
jugak! Dia lah jd camerawoman kitorang haha. Cadangnya turun ipoh nak makan mee
kicap emy sekali tutup memandangkan ayah mertua dia baru meniggal. Tkpelah makan
jelah kt kedai biasa goreng goreng. Tp abang still nak jumpa emy kejap kt kedai
makan. Serious cakap emy tu macam nak menjerat kitorang lama lama kt situ, dari
kedai makan dia suruh singgah rumah mak mertua dia kejap. Then kek papa yg tk habis tu bagilah kt
budak budak tu makan. Then singgah rumah mak dia pulak okay singgahlah. Act dari
kedai makan lagi dia suruh tidur ipoh rumah dia kosong sbb dia tidur rumah mak
mertua dia. Memang jerat habis lah. Bila dah menyinggah dia jadi penat tau then
dengan mata bang yang dah merah bawak kereta pun tersengguk. Fyka pulak msg aku
dia cakap tidur ipoh dah lewat semua dah penat lagipun nak masuk kl hujan lebat
jalan licin dgn mengantuknya mcm mana nak drive.
Ibu ckp dia tk kesah then bincang balik dgn abang kt luar
rumah emy. Then abang pun bgtau emy tukar rancangan nak tidur sini. Memang emy
suka lah sebab dekat sepuluh kali dari kt kedai sampai salam nak balik kt rumah
mak dia dia dok sebok bisi hasut abang tidur sini. So tidur lah rumah dia. Act ku
dah dengar emy ckp rindu nak lepak malam malam dgn abang. Dalam kereta tu aku
dah warning ibu jgn bg abang keluar g mana mana dia tu penat kitorang stay pun
sebab dia. Dah sampai rumah emy tu kemas kemas emy ajak dia keluar. See! Aku dah
cakap. Tp ibu bg! Yang abang dia gelak jelah kejap katanya. Esoknya pagi pagi
lagi emy dah sampai depan rumah bawak nasi lemak. Kitorang tk bangun lagi okay
nasib luar rumah dia tu abang meja kerusi boleh duduk. Then ayat dia “first
time tkdapat masuk rumah sendiri” haha gila. Sembang punya sembang dia hasut
abang g makan mee kicap pulak. Dia kata kut abang teringin. Ibu dah kata dah “emy
kau jangan nak jerat kami lg ye”. Tp nak buat mcm mana. Pegi jugakkkk. Makan lah
sikit then baru lah balik.
Haihh percutian yang sangat best sumpah. Kat cameron best
ipoh pun best. One request please, nak macam ni lagi! Demam tak menghalang aku
untuk happy.