Salam, lepas ed selayang pegi ampang ot dengan labour then
viva kt kolej then final exam then osce then siapkan research then tinggal lagi
dua minggu nak habis cuti baru berkesempatan nak tulis blog, senang cerita,
saada dah pegi and balik penang dah.
Hantar saada,
Time hantar saada tu best sangat sebab dapat makan nasi
kandar kikiki. Balik tu singgah ipo jumpa tuning amir si athirah tu lahai
baiknya dia. Lembut comel baik rajin. Peramah gila besembang dengan aku pun.
Hospital Ampang,
Not bad. Best. Tp serious macam penjara. Rule dia tak boleh
bla. Ada punch card bagai. Dia tau tak function punch card tu utk gaji? So bagi
la gaji. Best sebab boleh pilih group sendiri. Satu group 5 orang. Masuk ward
post natal ante natal labour dgn ot. Antara semua semua tu aku paling suka
labour. Sebab dapat sambut baby madam nursing (tktau nama) tu pun banyak gila
bagi kitorang input. Paling tak suka ot sebab kt situ sister yang pegang so dia
layan kitorang cam student nursing (selalu kena dah) memang tak suka. Makanan best
macam macam tp harga standard tk murah macam h. selayang. Mcd depan hospital
nak balik lagi cepat sampai rumah.
Viva,
Diberitahu viva hari isnin tp pagi sabtu sebelum tu kitorang
gerak balik ipoh sebab amirul kawen. Seriously rasa kekeluargaan gila bila
berkumpul ramai ramai centu. Malam tu ada bbq (family only). Memang lagi meriah
dengan budak budak kecik bising main lari lari, gugurl chitchatnya boboy tengok
bola malam tu parents mengopi.. then esoknya ahad ibu kata nak pegi kuala
kangsar kejap sebab sedara belah tokcak baru meninggal. So pegi jelah. Sampai lah
petang lepak sana then makan laksa kt kedai kawan ibu tu. Sekali abang kata nak
stay sampai esok baru bali. Eh aku no hal sebab viva aku tetiba tunda selasa. So
memang stay kt sana lagi satu malam. Malam tu memang berkaraoke lah mereka
mereka. Aku ika dengan fyka dah tklarat so kitorang lepak bilik. Esoknya balik
lah kerumah halaman memasing. Cik sabariah nya tak sabra nak tengok cucu baru
lahir. Viva? Okay tp second group kena buat balik sebab kitorang tkde soalan ed
so rabu tu buat lah balik.
Final exam,
Kitorang target boleh tiru tiru sekali memang tak duduk
sikit punya jauh memasing. Thyn dengan tikah jela dekat. Aku reda je dengan
study yangyok nya. Semoga pointer aku baik baik sahaje. Aminn. Lect baru
handsome. Hahahaha motif sangat ramai naw minat sory lah not my taste. Tetiba sebelum
last paper jumaat tu diorang rancang nak g tioman. Wow menariknyaaaaaaa. Nak pergi
memang tak sabar sabra la cerita dia. Ingat nak pegi after osce tp osce tunda rabu memang pegi isnin lah
Holiday,
Malam ahad decide nak pegi Langkawi pulak dahh. Okauy Langkawi
jauh memang kena geram pagi ni jugak. Pukul 3 lebih gerak “sarapan” dekat malis
corner then terus gerak. Subuh dekat tapah sempat lah jemi tidur kejap then
sambung sampai sana tepat pukul 9.30 pagi. Segala sakit hati malas nak cerita
sebab nak Nampak happy je haha. peringatan kalau pegi sana ada orang offer
parking ke beli tiket fery ke kereta sewa kt sana ke, takpayah layan. Parking korang
boleh cari sendiri fery boleh beli sendiri kereta sewa sampai sana boleh cari
sendiri memang banyak sebab diorang ni penipu. Nak duit lebih then janji kereta
cantik tp bg lain. Macam kitorang dapat kereta lain time tu jugak kitorang
mintak tukar. Kena tegas dengan diorang. Hm sampai tu memang telajak tidur
kononnya nak tengok matahari terbenam, penat punya pasal. Lepas maghrib pegi
makan usya lauk then ingat nak lepak kt burung helang tp ternampak baskin kt
tepi jalan memang kitornag parking balik. Memori paling best lah baskin tu. Esoknya
semata jauh tu g sarapan kt pantai chenang nak usya lauk. Haha lepak tepi
pantai at least ada kenangan. Memang jumpa macam macam obor obor lah starfish
ikan ketam. Hm then pusing pusing lepak helang kejap beli choc sikit balik
bilik makan megi kemas mandi balik. Sampai banja tepat jam 12. Dengan esok osce
nya dengan tak study nya fuhh gila.
Osce,
Mula dengan nombor belakang so memang kitorang yang depan
depan ni relaxsiap makan nasi lemak koyah lagi haha. dapat cuti lama siapkan
research memang sir hafiz bahan pasal chenang diornag bahan obor obor lagi
kahkah. Jahat. Stesen sir bell paling best rasanya sebab sir bell banyak
membantu. First time ni puji sir bell haha. balik tu ibu cakap “lusa ikut ibu
pegi amik saada kt penang then balik kedah anak sedara cik k kawen.” Dengan penat
tk hilang lagi memang aku menegluh time tu.
Second holiday,
Pagi jumaat tu nak gerak sekali storm cik k tak boleh start
nak dijadikan cerita. Tkpelah cik k pakai kereta kak neda balik. Gerak tu
memang macam macam masalah dengan banyak perhentian. Sampai kat saada zuhur tu
kemas bawak turun barang dia terus gerak kedah dengan minyak asyik isi je
sekali check ada wayar yang tak besambung. Haihh. Kerja pagi tadi lah ni.
sampai kat sana makan kt satu warung ni bihun sup dia pehh macam mak thyn punya
tp dia lagi sedap lah. Sampai sana minum air kelapa fresh punya then jalan
jalan kt bendang. Huwaa first time tahu tak. Malam tu rasanya menu paling sedap
udang fresh masak lemak, ikan goreng fresh dengan ikah pekasam. Memang telan
air liur time taip ni! esoknya kenduri dia pun sempoi gila. Yelah kampong kan. Qnqk
nelayan kawen memang belakang rumah betul betul ada bot dengan sungai. Serious seronok.
Balik tu rumit sikit taksuka macam macam karenah. Singgah ipoh dengan gaduh
dengan aleesya lagi geram je dah la kecik orang ckp sikit tknak dengar melawan
lagi adelah. Kalau anak aku dah lama kena lempang. Malam tu gerak dari ipoh
pukul 11 malam dansampai pukul 3 pagi. Sekian.
Research,
Research act aku siapkan dalam 4 hari je. Cuma nak tunggu
madam accept tu lama naw madam susah sangat nak jumpa kalah pm. Minguu depannya
lepak banja lagi dengan siapkan research dengan new year lepak the ship lagi. Abang
rambut panjang tu handsome hahhahh. Dan tibalah nak send pun tunggu u10 punya
lah lama last sekali nak kereta je. Penat.