Saturday, 15 March 2014

DSAI

Assalamualaikum, hai :) Seperti kebiasaan hari jumaat aku balik tu aku akan merehatkan diri. Sekali aku tersedar dek suara abang dgn papa yang bising bising. Ayat yang aku dengar waktu mula mula aku sedarkan diri “Abang, bang tau tak Anwar Ibrahim didapati bersalah? Diorang ni papa tktau lh. Zalim betul kenakan Anwar.” Dalam hati aku betapa sakitnya time tu hanya Allah je yang tau. Kalau dulu Anwar Ibrahim kena fitnah, seksa waktu aku kecik tp sekarang aku dah besar. Zalimnya diorang. Aku tktau lh aku sanggup ke tak bila nanti dengar dia kena seksa LAGI. Sebab dulu aku kecik. Apa lah yang budak 5 tahun tahu time tu kan. Sampai bila bila aku akan ingat soalan ibu time aku 5 tahun dulu “Adik, dah besar nanti nak jadi apa?” “Org nak jadi polis. Polis kuat dia tangkap orang.” “Jangan! Polis tu jahat. Dia bersubahat sama kenakan ‘kawan’ ibu masuk penjara”. Sumpah start situ aku benci gila polis. Dan satu lagi ayat Nurul Hana yang aku tkkan lupa time aku 5 tahun dulu “Awak, ayah awak masuk penjara eh?” “Mana ada lah, ayah kita masuk jail je. Penjara tu tempat orang yg bersalah. Ayah kita tksalah”. Time tu hana darjah satu. Sekali lagi Anwar dituduh bersalah Sofea, cucu dia pulak darjah satu. Kalau lah sofea tau macam mana keadaan mak and ayah dia bernikah dulu mesti dia sedih. Atok dia sebagai wali datang dari penjara dengan sakit gila pinggang dengan tangan digari dengan diawasi oleh polis seolah olah atok dia tu pengganas. Ya Allah sedihnya. Ya Allah, kau tunjuklah kebenaran. Dunia hari ini semakim kejam dengan pemimin yang semakin hari semakin zalim. Izam, macam lah dia tak pernah kena. Bini dia tu macam macam org aibkan TAPI aku pelik macam mana dia boleh lupa semua tu. Walaupun aku masih taklayak mengundi, walaupun aku tkbanyak fakta tentang politik. Tu semua tkperlu sebab aku tkbuta. 

No comments:

Post a Comment